Feature Photos

by - 04:16

Gambar-gambar Feature yang telah kami perolehi dari akhbar tempatan: 



 Sumber: Galeri Harian Metro Online, 14 April 2017

Gambar menunujukkan Awiena yang gemar mengumpul kostum mengenakan kostum seperti Harley Quenn. Bagi Awiena hobinya itu biasa saja cuma kedengaran pelik dalam masyarakat di negara ini kerana lebih popular dalam kalangan remaja di Jepun.Awiena yang mula meminati dengan pengumpulan kostum ini selepas menonton siri kartun anime Jepun, Colourcloud Palace ketika berumur 12 tahun. Dan kini Awiena turut menjual pelbagai kostum anime kerana minatnya yang mendalam terhadap anime.Gambar ini menjadi feature kerana keanehan hobi yang dimiliki oleh Awiena yang agak pelik berbanding dengan remaja di luar sana.








Gambar 2

Sumber: Galeri Harian Metro Online, 7 Februari  2017

Gambar 2 menunujukan sekumpulan penari tarian singa yang terjatuh ketika membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan oleh NAZA Kia di Petaling Jaya, pada 7 Februari. Gambar ini dikatakan "feature" kerana  shot  yng diambil merupakan detik-detik cemas di mana mereka baru sahaja terjatuh semasa membuat persembahan.









Gambar 3

                                     Sumber: Galeri Harian Metro Online, 19 Februari  2017

Gambar 3 dikatakan gambar "feature" disebabkan keunikannya Kesan dramatik pertarungan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) Reckoning yaang berlangsung di  Pusat Komuniti Bukit Damansara. Selain itu,  ahli gusti tampil mengenakan kostum mewakili personaliti masing-masing dalam gelanggang membuatkan pengunjung terhibur dengan setiap karakter yang dibawa oleh ahli gusti tersebut dengan setiap sketsa yang pelbagai dari mereka.
Dengan adanya aktiviti ini,  peminat gusti tempatan harus  terus memberi sokongan, selain membuka pandangan umum mengenai sukan gusti ini bukan eksklusif apabila orang biasa boleh menyertai aktiviti ini asalkan mendapat latihan mahupun pendedahan mengenai teknik betul.



You May Also Like

0 comments